Tiap Orang Adalah Wakil Rezeki Allah
"Tiap rezeki kita ada rezeki orang lain."
Ia adalah pepatah yang biasa kita baca. Antara pepatah lain yang pernah dibaca,
"Awas, anda adalah orang kepercayaan Allah"
Apabila pernyataan itu dibaca, kita akan merasa 'awesome' kerana mendapat kepercayaan daripada Yang Maha Besar, untuk mengagihkan rezeki-Nya. Dengan mempunyai mindset berlimpahan (abundance), kita akan rasa tenang dan bebas daripada merasa takut untuk memberi.
Antara skripnya;
"Aku adalah manusia kepercayaan Allah, untuk mengagihkan rezeki kepada orang lain."
Analogi murah rezeki
Konsep mudah dalam soal rezeki adalah, ibarat kita mempunyai seorang pekerja yang mempunyai tugas untuk memberikan sedekah kepada yang memerlukan. Kita ini adalah orang yang sangat kaya. Kita berikan kepada pekerja kita sebanyak RM1 juta untuk diagih-agihkan kepada sesiapa yang memerlukan.
Pekerja itu boleh mengambil beberapa RM dari jumlah RM1 juta itu untuk keperluannya sahaja. Kita akan menambahkan lagi duit itu seandainya kesemua duit itu telah diagih-agihkan kepada yang memerlukan.
Allah tidak menambahkan rezeki kita lagi, kerana rezeki yang ada pun kita hanya menyimpannya sahaja. Tidak disebarkan kepada yang memerlukan, kerana tujuan Allah memberikan rezeki kepada kita, adalah untuk keperluan kita, dan yang lain untuk diagihkan kepada yang memerlukan.
Nanti ditambahkan lagi rezeki kita oleh Allah kerana kita menjadi hamba yang dipercayai-Nya dalam menyebarkan rezeki-Nya. Penambahan rezeki ini pasti lebih banyak daripada sebelumnya, kerana kita sudah menjadi hamba yang dipercayai Allah untuk menyebarkan rezeki-Nya.
Petikan daripada artikel http://goo.gl/hFYFjF
Begitulah analogi sebagai wakil rezeki. Kita adalah pekerja Allah yang peroleh kepercayaan-Nya untuk mengagihkan rezeki-Nya. Subhanallah.
Bukankah seharusnya ia menjadi perkara yang menggembirakan? Hasilnya, kita akan merasa senang hati untuk mengagihkan rezeki-Nya kepada orang lain. Kita berasa berlimpahan untuk memberi kepada orang lain.
Oleh sebab itu, apabila kita adalah mindset ketidakcukupan untuk memberi, katakan pada diri;
"Aku adalah manusia kepercayaan Allah, untuk mengagihkan rezeki kepada orang lain."
InsyaAllah lebih tenang, raih mindset berlimpahan.
No comments:
Post a Comment