Search This Blog

Wednesday, 21 May 2014

ISTIGHFAR PENGHAPUS DOSA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH RINGKAS UNTUK MUHASABAH DIRI. ???
(Rabu 21 Mei 2014).

ISTIGHFAR PENGHAPUS DOSA

Sudah menjadi sunnatullah, makhluk yang dinamakan manusia
adalah tempat silap dan salah. Manusia yg baik bukan manusia yang tak pernah bersalah kerana tidak ada manusia yg tak pernak melakukan kesalahan. Akan tetapi manusia yang baik adalah manusia yang selalu belajar dari kesalahan yg pernah di lakukan pada masa yg lalu untuk tidak mengulangi di masa hadapan.

Jika manusia melakukan suatu kesalahan, maka Islam memerintahkan agar segera bertaubat. Maka dalam hal ini Allah SWT berfirman:

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (QS Ali Imran: 135).

Ayat di atas memerintahkan kepada kita agar segera menginsafi diri dengan memperbanyakan taubat & istighfar kepada Allah.

Adapun Syarat di terimanya taubat dan istighfar adalah:

1. Keikhlasan hati semata-mata kerana Allah.

2. Meninggalkan perbuatan maksiat tsb.

3. Menyesali apa yang pernah dilakukan pada masa lalu.

4. Berazam untuk tidak mengulangi sampai mati.

5. Menghentikan perbuatan dosa tsb dg serta merta.

6. Sebagaimana taubat dg hati & lisan, ia juga mesti di lakukan dengan sikap & perbuatan berupa amalan sholeh.

7. Hendaklah istiqamah & berterusan dalam bertaubat.

Harapan kita, dengan adanya syarat syarat taubat tersebut Allah akan memberikan kepada kita kejayaan dan kebahagiaan hidup. Sebagai mana Firman  Allah SWT:

َّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu beroleh kejayaan (QS AN-Nuur 31).

Wahai saudara & sahabat sekalian. Bersegeralah untuk bertaubat kepala Allah SWT,  sebelum nafas kita sampai di tenggorokan dan sebelum matahari terbit dari  barat dan tenggelam di sebelah timur.

Ya Allah ya Tuhan kami. Terima lah taubat dan istighfar serta amalan-amalan kami untuk bekalan kami menghadap Mu. Jauhkanlah kami dari pada azab api neraka Mu ya Allah. Agar hidup kami sentiasa mendapatkan keberkatan serta keredhaan Mu di dunia dan di akhirat. Aamiinn ya Robbal 'aalamin. !!!!!!!

Wallahu a'lam
Doakan istiqamah serta Sihat wal Afiat.
Wassalam USM (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).

Catatan:
Sila kongsikan kebaikan dg yg lainnya
KERANA ILMU ITU MILIK ALLAH.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.
Insya-Allah. .. !!!!!!!

No comments:

Post a Comment