Search This Blog

Monday, 5 May 2014

Pahala...

FB Membantu Kita Jana Pahala ...

Seringkali kita berfikir yang negatif seperti FB melalaikan kita. Oleh sebab itu, pentingnya kita selalu berfikiran positif.

Kerana ... kita tidak akan pernah berhenti berfikir. - petikan buku Magis Sebuah Fikiran karya Rey Key Master

Sketsa 1 ... Jaringan Pahala Di Mukabuku

Adakalanya kita fikir, FB:

- Melalaikan
- Jana dosa
- Bazir masa
- Bazir duit
- Memecah-belahkan silaturrahim

Mengapa tidak fikir, melalui FB:

- Jana pahala
- Jana duit
- Berbuat kebajikan
- Menyambung silaturrahim
- Peluang dapatkan penaja program kebajikan
- Peluang dapatkan dermawan program buka puasa

What's stopping us from thinking positive? Segalanya bermula daripada hati.

"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging apabila baik ia, nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya. Dan apabila ia buruk, nescaya buruklah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah seketul daging itu adalah Qalb (hati)." (Riwayat Bukhari)

Oleh sebab itu, pentingnya #istighfar.

Apabila kita fikir FB dengan 101 perkara negatif,

- Pahala tak dapat
- Duit tak dapat
- Silaturrahim tidak berpanjangan (network yang luas)
- Tak dapat peluang dapatkan penaja program kebajikan
- Tak dapat peluang dapatkan dermawan program buka puasa

Contoh, dengan ada grup Inspirasi Insan Menuju Tuhan, ia dapat menginspirasikan orang lain untuk praktikkan istighfar, bagi membersihkan amalan dalaman. Kita dapat pahala, orang yang buat pun dapat pahala. Hasilnya, jaringan pahala yang berpahala.

Sketsa 2 ... Sinergi Ilmu

Kita lihat orang lain jana duit dengan Facebook. Sedangkan kita hanya online dan tidak jana duit melalui Facebook. Walau ... duit Akhirat yakni pahala. Apabila orang itu mengupload screenshot, pendapatan, ada yang cemburu, dengki.

Yang sebetulnya adalah, kita tanya individu tersebut,

"Bagaimana awak buat duit? Sudi ajar saya?"

Andai individu tersebut tawarkan yuran komitmen, ilmu itu layak menerimanya. Kerana ... melalui nilai itu, ia bakal menjadi pencetus untuk kita bertindak mempraktikkan ilmu itu.

Sebaliknya, ada individu yang merungut, dan memberikan terjemahan negatif. Kata pepatah,

"Berkatalah baik atau diam."

Kerana ... diam itu adalah jawapan yang terbaik apabila kita ada emosi negatif. Bagi usahawan, diam itu adalah cara terbaik untuk menjawab respon pelanggan. Andai kita membalas respon pelanggan dalam emosi negatif, dengan izin Allah perkara negatif akan berlaku. (nauzubillahi minta zalik)

Oleh sebab itu, apabila kita dalam emosi negatif, elakkan daripada membalas kata-kata orang lain. Perkara ini ditekankan dalam ebook Sistem Menjemput Rezeki. Bagaimana dengan berfikiran positif, ia membantu untuk menyelesaikan masalah kita.

Andai kita terus berfikiran negatif,
- Kita akan berasa gelisah
- Hati tidak bahagia
- Tertekan

Sebaliknya, apabila kita berfikiran positif,

- Kita berasa tenang
- Semakin bahagia
- Jauh daripada tekanan
- Sentiasa gembira

Dapatkan dengan klik sini -- > http://goo.gl/hFYFjF

No comments:

Post a Comment