Gaya hidup di rumah antara punca utama masalah diet tidak seimbang kanak-kanak. IBU bapa yang mempunyai anak cerewet makan saja yang tahu betapa sukarnya berhadapan masalah ini. Bayangkan masa makan yang boleh mengambil masa hanya setengah jam boleh bertukar menjadi berjam-jam semata-mata menggoda selera si kecil untuk makan.
Kegemukan atau obesiti di kalangan kanak-kanak antara masalah yang gemar diperkatakan, bagaimanapun tanpa disedari isu kanak-kanak yang cerewet makan juga semakin meningkat malah dianggarkan kira-kira 45 peratus ibu bapa membawa anak mereka untuk rujukan dan perkara paling ditakuti ia akan menjejaskan pertumbuhan fizikal dan psikologi kanak-kanak berkenaan.
Antara tanda kanak-kanak cerewet makan ialah keengganan untuk mengambil pelbagai makanan hingga menjurus kepada pengambilan satu jenis makanan saja untuk jangka waktu yang lama, keengganan untuk mencuba makanan baru selain tidak suka sesetengah jenis makanan.
Punca kenapa kanak-kanak cerewet makan adalah pelbagai dan antara yang utama ialah cara hidup moden, apabila ibu bapa lebih gemar membawa anak makan di luar dan kekurangan masa terluang untuk menyediakan anak makanan sesuai dengan usia mereka.
Apabila kanak-kanak memasuki usia dua tahun, selera makan mereka berkurangan dan pengambilan makanan juga berkurangan. Kalau zaman dulu ketiadaan televisyen umpamanya membolehkan anak memberikan tumpuan sepenuhnya pada masa makan tetapi hari ini sebaliknya, kadang-kala televisyen lebih menggoda dan mengenyangkan!.
Makan dengan mengambil makanan yang berzat adalah dua perkara yang berbeza. Kanak-kanak yang cerewet makan menyebabkan ibu bapa cenderung membenarkan dia makan apa saja sedangkan kanak-kanak begini perlu mendapatkan sejumlah makanan yang berzat. Selalunya kanak-kanak cerewet makan berusia bawah 10 tahun tetapi paling kerap berlaku pada mereka berusia satu hingga tiga tahun.
Keadaan ini menyebabkan ibu bapa bimbang kerana tidak pasti sama ada anak mereka makan secukupnya dan mendapat diet seimbang. Dalam banyak kes, keadaan ini menimbulkan konflik dalam keluarga dan pertentangan antara ibu bapa dengan anak. Konflik ini menyebabkan anak semakin kurang makan dan ibu bapa bertambah bimbang
Ini juga boleh menyebabkan ibu bapa menawarkan makanan yang salah sebagai percubaan untuk memujuk anak supaya makan.“Dalam kes tertentu keadaan ini boleh merencatkan pertumbuhan dan perkembangannya. Kemajuan ekonomi juga menyebabkan ramai ibu bapa yang berkerja kesuntukan masa untuk menyediakan sajian makanan berkhasiat dan sihat untuk anak-anak. Masa untuk bersama keluarga juga semakin berkurangan dan waktu makan selalu mencetuskan kekecohan.“
Di samping itu, ramai ibu bapa mengambil jalan mudah dengan membawa anak-anak makan di luar. Kemunculan begitu banyak restoran makanan segera ditambah pula gaya hidup mewah yang diamalkan oleh kebanyakan ibu bapa menyebabkan perubahan selera dan kecenderungan kanak-kanak.
Kekurangan zat makanan di kalangan kanak-kanak boleh merencatkan tumbesaran, perkembangan mental dan melemahkan sistem imun. “Tidak ada makanan yang dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan kesihatan. Diet yang seimbang dapat membekalkan nutrien untuk menyokong tumbesaran dan kesihatan dan memberi tenaga untuk belajar dan bermain.
“Selain memberi makanan yang betul, pemberian makanan tambahan seperti susu yang lengkap, boleh dijadikan sebahagian penting daripada program untuk menangani anak-anak cerewet makan, lebih-lebih lagi jika kadar tumbesaran mereka di bawah tahap optimum dan membimbangkan ibu bapa.“
Walaupun kebanyakan ibu tahu tahu piramid makanan tetapi mereka tidak mengamalkannya. Jadikan Piramid itu sebagai garis panduan dalam pemahaman anda terhadap pemakanan yang sihat dan mula melatih anak anda untuk makan dengan betul dengan menawarkan pelbagai jenis makanan yang seimbang.
“Baru-baru ini kajian yang dijalankan menunjukkan walaupun 1 dalam 3 ibu bimbang anak mereka tidak mendapat khasiat pemakanan yang mencukupi, lebih 70 peratus daripada mereka tidak mengawasi apa yang anak mereka makan. Ini boleh menyebabkan malnutrisi, yang mana akan menyebabkan anak menghadapi kesukaran untuk menumpukan perhatian, mengalami masalah tumbesaran dan perkembangan serta kerap jatuh sakit,”.
Sebagai customer, anda layak mendapatkan:
i. Konsultasi PERCUMA secara berterusan selepas pembelian
ii. Di jemput masuk ke EXCLUSIVE GROUP FB untuk customer
iii. Jadual Pengambilan Vitamin akan di berikan selepas pembelian di buat
Shaklee adalah supplemen yang dipercayai lebih 50 tahun, ianya semulajadi, terbukti selamat & berkesan.
” Ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya. Hanya buat bisnes secara online, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke "Exclusive Inspirasi Jutawan Group di Facebook “
Penghantaran Shaklee sekitar Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
Untuk Maklumat lanjut tentang keahlian /Pembeliaan produk@menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Perunding Vitamin Anda
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1080015
♥ sms/whatsapp : 018-2244345
♥ Emel : njuriah84@gmail.com
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini.
Pengedar sah shaklee anda
Nurol Juriah Sofian
No comments:
Post a Comment