Search This Blog

Friday, 9 May 2014

Mendoakan Orang Lain

Mendoakan Orang Lain ...

Perkongsian sahabat (copy-paste):

Antara perkara yang saya belajar daripada guru saya adalah, mendoakan orang lain.

Ia mengajar saya erti berkongsi. Dan alhamdulillah saya dapat lihat kesannya. Dalam newsletter saya sentiasa ada doa untuk pembaca. Daripada segi 'inner-peace', malaikat juga akan mendoakan kita apabila kita mendoakan orang lain.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ r.a. bahwasanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan.

Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'" (Hadis Riwayat Shahih Muslim no. 2733)

Mendoakan orang lain mengajar kita untuk membuang emosi-emosi cemburu terhadap orang lain. Ia akan buat kita berlapang dada dengan orang lain.

Law of Attraction ...

Apabila kita menyukai kejayaan orang lain, kejayaan akan suka datang kepada kita. Oleh sebab itu digalakkan mendoakan orang lain. Di samping itu, sentiasa raikan kejayaan walau ia kejayaan kecil.

Contoh,

Kita dapat selesaikan 1 To Do List kita pada hari ini.

Raikan diri sendiri selepas dapat selesaikan. Ia akan memberikan kita momentum baru a.k.a memotivasikan kita untuk menyiapkan To Do List yang lain.

“Orang yang suka raikan kejayaan akan menarik lebih banyak kejayaan.”

Mulakan mendoakan orang lain secara spesifik ..

Contoh,

"Bismillah. Ya Allah, saya doakan para pembaca status ini dideraskan rezeki yang berkat yang tiada habisnya, dipermudah urusan, sentiasa bahagia, tenang, diberkati dan dirahmati."

Aamiin ya Rabb.

Ia adalah antara tip untuk menjemput rezeki melalui kuasa dalaman yang dikongsi dalam ebook Sistem Menjemput Rezeki. Dalam ebook ini dikongsikan,

✔ Mengapa disarankan mendoakan orang lain?
✔ Apa kaitan mendoakan orang lain dengan ‘menjemput’ rezeki?

Dapatkan dengan klik sini -- > http://goo.gl/hFYFjF

No comments:

Post a Comment