Kanak-kanak yang mengalami verbal apraxia selalu menunjukkan tanda-tanda seperti berikut;
1) Anak boleh faham arahan, boleh mengenalpasti gambar serta mengenal anggota badannya.
2) Anak boleh berinteraksi secara bukan verbal seperti menunjuk, angguk @ geleng kepala, dan kelihatan jelas dia berusaha untuk berinteraksi dengan ibu bapa.
3) Anak cuba untuk menyebut, tetapi suaranya tidak terkeluar, atau bunyi yang terhasil tidak tepat. Contohnya dia cuba meniru sebutan ‘u’, tetapi bibirnya teragak-agak untuk dimuncungkan.
4) Anak yang bercakap pula, sebutannya amat sukar difahami oleh orang yang bukan ahli keluarganya.
5) Kesilapan yang berlaku adalah tidak konsisten. Kadang-kadang dia sebut dengan betul, kadang-kadang salah. Ada masa dia sebut ‘aju’, ‘atu, ‘acu’ untuk perkataan yang sebenarnya ‘baju’.
6) Sebutan yang automatik seperti kira 1-10, nyanyi lagu, adalah lebih mudah disebut. Anak juga boleh meniru sebutan dengan betul apabila disuruh. Tapi bila dia sebut sendiri, jadi salah.
10) Perkataan yang banyak sukukata adalah lebih sukar. Contohnya ‘matahari, keretapi, helikopter’.
Apakah punca masalah verbal apraxia?
1) kerosakkkan neurologi (saraf otak), yang diakibatkan oleh penyakit seperti sawan, jangkitan dan kecederaan otak.
2) tidak diketahui.
Masalah verbal apraxia boleh terjadi dalam tahap berbeza, seperti – sedikit, sederhana, teruk, sangat teruk.
Kesan;
- Anak yang mengalami verbal apraxia selalunya berasa kecewa kerana dia tahu bahawa sebutannya salah, tapi tak mampu nak membetulkan sendiri.
- Mereka jadi malu untuk berinteraksi apabila masuk ke kelas.
- Mereka menjadi bahan ejekkan rakan-rakan kerana sebutannya yang salah.
- Guru tadika tidak faham apa yang disebut oleh murid.
Kenalpasti pertuturan anak anda.
----------------------------------
Bawa anak berjumpa dengan speech therapist untuk penilaian sekiranya anda mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada pertuturan anak anda.
Perlukan info dan bantuan? Hubungi:
Ruby Speech Therapy
sms @ whatsapp : 0133109703
khamis & jumaat – Permatang Pauh
sabtu & ahad – Sungai Petani
Pn Ruby merupakan Speech Language Pathologist dan kini sedang berkhidmat di Hospital Sultan Abdul Halim. Atas permintaan ramai, Pn Ruby mewujudkan klinik pemulihan terapi di rumah sendiri, yang beroperasi pada hari cuti Kedah iaitu hari Jumaat. Pn Ruby menjalankan terapi di rumah sendiri yang beralamat di : 160 Jalan Melor 4/6, Ambangan Height, Amanjaya 08000 Sg Petani. Pn Ruby juga boleh pergi ke rumah client mengikut keperluan. Sila hubungi 013-3109703 untuk mendapatkan tarikh temujanji. Slot temujanji adalah terhad.
No comments:
Post a Comment