Search This Blog

Wednesday, 21 May 2014

ISTIGHFAR PENGHAPUS DOSA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH RINGKAS UNTUK MUHASABAH DIRI. ???
(Rabu 21 Mei 2014).

ISTIGHFAR PENGHAPUS DOSA

Sudah menjadi sunnatullah, makhluk yang dinamakan manusia
adalah tempat silap dan salah. Manusia yg baik bukan manusia yang tak pernah bersalah kerana tidak ada manusia yg tak pernak melakukan kesalahan. Akan tetapi manusia yang baik adalah manusia yang selalu belajar dari kesalahan yg pernah di lakukan pada masa yg lalu untuk tidak mengulangi di masa hadapan.

Jika manusia melakukan suatu kesalahan, maka Islam memerintahkan agar segera bertaubat. Maka dalam hal ini Allah SWT berfirman:

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (QS Ali Imran: 135).

Ayat di atas memerintahkan kepada kita agar segera menginsafi diri dengan memperbanyakan taubat & istighfar kepada Allah.

Adapun Syarat di terimanya taubat dan istighfar adalah:

1. Keikhlasan hati semata-mata kerana Allah.

2. Meninggalkan perbuatan maksiat tsb.

3. Menyesali apa yang pernah dilakukan pada masa lalu.

4. Berazam untuk tidak mengulangi sampai mati.

5. Menghentikan perbuatan dosa tsb dg serta merta.

6. Sebagaimana taubat dg hati & lisan, ia juga mesti di lakukan dengan sikap & perbuatan berupa amalan sholeh.

7. Hendaklah istiqamah & berterusan dalam bertaubat.

Harapan kita, dengan adanya syarat syarat taubat tersebut Allah akan memberikan kepada kita kejayaan dan kebahagiaan hidup. Sebagai mana Firman  Allah SWT:

َّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu beroleh kejayaan (QS AN-Nuur 31).

Wahai saudara & sahabat sekalian. Bersegeralah untuk bertaubat kepala Allah SWT,  sebelum nafas kita sampai di tenggorokan dan sebelum matahari terbit dari  barat dan tenggelam di sebelah timur.

Ya Allah ya Tuhan kami. Terima lah taubat dan istighfar serta amalan-amalan kami untuk bekalan kami menghadap Mu. Jauhkanlah kami dari pada azab api neraka Mu ya Allah. Agar hidup kami sentiasa mendapatkan keberkatan serta keredhaan Mu di dunia dan di akhirat. Aamiinn ya Robbal 'aalamin. !!!!!!!

Wallahu a'lam
Doakan istiqamah serta Sihat wal Afiat.
Wassalam USM (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).

Catatan:
Sila kongsikan kebaikan dg yg lainnya
KERANA ILMU ITU MILIK ALLAH.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.
Insya-Allah. .. !!!!!!!

GEMPAR : Hidung ROBEK sebab banyak ulat.

Pernah dengar ulat bermain dalam hidung manusia? Sukanya ulat itu sampai hari ke hari menggali lubang di dalam hidung manusia... Manusia pula buat sambil lewa... Penyudahnya, hidung "robek" berlubang...

KENAPA BOLEH BERLUBANG???

SET ASAHE SHAKLEE penyelesaian masalah asma + resdung + alergi + gegata + sakit kulit

Anda mempunyai penyakit  athma (Athma), resdung (Sinus), alergi (Allergy), gegata (Hives) dan sakit kulit (Eczema)? Mesti rasa tak selesa dan dah pening nak makan ubat apa untuk hilangkan penyakit ini?Okay sekarang shaklee dah sediakan  set suplemen terbaru khas untuk anda yang mempunyai salah SALAH SATU daripada lima simptom yang dinyatakan di atas, yang dikenali sebagai ASAHE set, iaitu set Alfalfa untuk penyakit 5 serangkai.Asthma

Sinus Allergy Hives Eczema.

“ASAHE” bukanlah nama sebenar kepada penyakit 5 serangkai ini, tapi, kami namakan khas (agar mudah untuk diingati) merujuk kepada akronim penyakit 5 serangkai ini dalam bahasa Inggeris iaitu – Athma, Sinus, Allergy, Hives and Eczema.

Apakah vitamin yang sesuai?

Vitamin yang kami cadangkan ialah Vitamin C, B-Complex dan Alfalfa.

Mengapa?

Vitamin C – Ianya sebagai antioksidan yang baik. Sangat penting untuk meningkatkan antibodi seseorang.

B-Complex – Bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon.

Alfalfa – Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.Kandungan Set G (ASAHE Set) :

B Complex

Vitamin C

Alfalfa

Cara pengambilan :

B-Complex – 1 biji sehari (selepas makan).

Vitamin C – 2 biji sehari. 1 biji pagi, 1 biji malam (selepas makan).

Alfalfa – 4 biji sehari. 2 biji pagi, 2 biji malam (selepas makan).

Siapa yang memerlukan set ini?

Individu yang mempunyai salah satu daripada penyakit 5 serangkai ini – athma (Athma), resdung (Sinus), alergi (Allergy), gegata (Hives) dan sakit kulit (Eczema).

Malah, ibu yang menyusu dan mendapati anaknya mempunyai salah satu daripada simptom tersebut turut digalakkan untuk mengambil set ini, agar nutrien yang diperlukan dapat di salurkan pada bayi anda melalui susu ibu. Selain intu, alfalfa juga sangat terkenal sejak dari dahulu lagi sebagai penggalak susu (galactagogue).

TIPS UNTUK MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KENCING KOTOR

~ bagi wanita hamil dinasihatkan terus berjumpa doktor untuk rawatan.
~minum banyak air putih.6-8 gelas sehari.
~ terus buang air kecil jika terasa hendak kencing.
~ selepas buang air kecil biasakan mengelap dari depan ke belakang Untuk mengelakkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
~ sebelum melakukan hubungan seks buang air kecil dahulu dan cuci dengan bersih.
~ tukar tuala wanita dengan kerap.
~ kurangkan minuman manis dan berkafein.
~ mengambil supplemen.

Monday, 19 May 2014

CADANGAN UNTUK IBU YANG INGIN KELIHATAN SIHAT BERTENAGA & CANTIK BERSERI WALAUPUN KETIKA HAMIL ATAU SELEPAS KELAHIRAN

♧ ESP : Membekalkan tenaga kepada ibu sepanjang hari serta membantu masalah gastrik (jika ada). Kekurangan protein juga dikaitkan kecacatan janin semasa semasa ibu hamil. Pengambilan protein yang cukup membantu perkembangan janin dengan baik.

♧ VITA C : Memberikan perlindungan dengan meningkatkan imune badan. Dos yang tinggi diambil sebelum bersalin juga membantu mengurangkan sakit bersalin.

♧ VITALEA : Memberi imbangan nutrient dan tinggi kandungan asid folic

♧ B-COMPLEX : Mengurangkan tanda-tanda stress dan membantu menukar makanan yang dimakan kepada tenaga.

♧ OSTEMATRIX : Sumber kalsium kepada ibu hamil dan menyusu. Membantu melegakan masalah sembelit.

♧ OMEGA GUARD : DHA dari sumber minyak ikan membantu  perkembangan otak janin

♧ ALFALFA : Sebagai penggalak susu (milk booster), memberi kesan detosifikasi kepada sistem pencernaan, mengembalikan sel-sel badan terutama bahagian sulit wanita ke keadaan asal selepas besalin (bertindak seperti kacip fatimah)

♧ GLA COMPLEX : Memberi sensasi hangat kepada badan dan mengembalikan keseimbangan hormon wanita selepas bersalin.

GEMPAR: AMALAN BERKESAN

Jadual pemakanan vitamin Shaklee di bulan Ramadhan / ketika berpuasa.

Waktu Sahur:

(1) Makan nasi atau apa jua juadah sahur.

(2) Makanlah sekurang-kurangnya 3 biji kurma.

(3) Tambahkan minuman Performance Drink ,ESP & meal shakes (gabungan terbaik).

(4) Makan 3 biji Alfalfa.
(5) Makan 3 biji Lecithin (utk kurus)

Waktu Berbuka:

(1) Berbuka dengan juadah berbuka. Lebih afdal di dahului dengan kurma.

(2) Tambahkan minuman Performance Drink, ESP & meal shakes  (untuk dapatkan hasil terbaik).

(3) Makan 3 biji Alfalfa.

(4) Makan 3 biji lecithin (utk kurus)

Sebelum tidur

(1) Minum bnyak air suam

(2) Amalkan minum segelas ESP.

(2) Makan vitamin lain iaitu 1 biji Vita-Lea, B complex dan Vitamin C.

Inilah jadual paling mudah untuk diamalkan.

��Untuk bancuhan minuman Performance Drink & ESP, hanya bancuhkan 1 sudu besar ESP dan 1 sudu besar Performance ke dalam 250 ml air. Boleh buat lebih pekat mengikut citarasa.

*Ibu hamil juga boleh menggunakan jadual yang sama cuma anda tidak perlu mengambil alfalfa & lecithin.
  

INFLUENZA??? KUMAN YANG BAHAYA.

Kebaikan Nutriferon Shaklee

KERAP dijangkiti flu, batuk dan demam? Anda mungkin memerlukan NUTRIFERON.

Nutriferon adalah produk Shaklee yang dihasilkan bertujuan untuk ‘boost’ sistem perlindungan imuniti tubuh – interferon. Interferon adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh tubuh kita untuk melawan virus, sekaligus mengelakkan virus tersebut ‘membiak’ dalam tubuh kita.

★ Apa Nutriferon ni?

Adalah inteferon semulajadi di dunia yang HANYA dipaten oleh Shaklee dan TIDAK dijual di kedai-kedai biasa.

Ia dihasilkan drpd ekstrak 4 tumbuhan (biji labu, bunga sunflower, honeysuckle jepun dan biji plantagi) yang mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.

★ Apa gunanya interferon ni?

1. Meningkatkan sistem imun dalam masa 3 hari. 

Interferon mampu meransang dan meningkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh.

2. Melindungi dari influenza. 
Melindungi dengan berkesan daripada virus, microb termasuk selesema, flu, alergi dan influenza.

3. Meringankan stress dan kelesuan.
Meringankan kemudaratan yg disebabkan keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup sibuk.

★ Siapakah yang perlukan Nutriferon?

1. Mereka yang ingin kekal sihat

2. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan

3. Individu yang selalu stress

4. Ibu yang menyusukan anaknya

5. Individu yang mengamalkan makan makanan secara tidak seimbang dan kehidupan yang aktif

6. Mereka yang banyak travelling & sentiasa bergerak

7. Sesiapa yang mempunyai sistem imunisasi yang rendah (biasanya, mereka ini mudah akan terjangkit, apabila orang sekeliling mereka tidak sihat)

8. Sesiapa yang mengidap selesema, demam, kanser / asma

★ Kenapa mesti memilih Nutriferon Shaklee?

1. Ia membantu meningkatkan kadar interferon di dalam badan secara semulajadi - Saintis telah mengenalpasti interferon sebagai satu faktor penting penyumbang kepada sistem imunisasi yang sihat. Nutriferon adalah satu-satunya supplemen tambahan yang dihasilkan oleh US oleh Pakar Imunisasi yang menjumpai interferon.

2. Ia dihasilkan oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima, immunilogist dunia yang terkenal yang telah menemui interferon pada tahun 1954. Beliau telah membuat penyelidikan selama 40 tahun bagi mencari sebatian semulajadi untuk merangsang pengeluaran interferon dalam badan kita. Nutriferon Shaklee adalah satu-satunya suplemen perlindungan di US.

3. Campuran interferon yang dipatenkan – elemen tumbuh-tumbuhan penggalak. Nutriferon mempunyai MACH, 1 campuran interferon daripada ekstrak tumbuhan yang telah dipatenkan formula ekslusif yang mengandungi ekstrak labu, ekstrak safflower, ekstrak benih Asian Plantain dan ekstrak Japanese Honeysuckl.

4. Di sokong oleh 4 kajian klinikal ke atas manusia, Ujian klinikal ini mengesahkan kesihatan luarbiasa dan sokongan imunisasi hasil manfaat daripada campuran ekstrak proprietari yang ditemui di dalam Nutriferon.

5. Formula ekslusif dilindungi oleh 3 paten – Nutriferon disokong oleh 3 paten dan hanya boleh didapati melalui Shaklee dan Independent Distributor Shaklee sahaja. Formula yang unik dan berpaten ini hanya ekslusif di Shaklee.

6. Ia dibuat menurut sistem piawaian kualiti yang terbaik. Ia telah melalui ujian sistematik yang ketat untuk keselamatan, kesucian, potensi & prestasinya.

Oleh itu tuan/puan, jika anda seringkali selesema dan demam, nutriferon adalah sangat sesuai utk mencegah sebelum ianya berlarutan. Lebih2 jika tuan/puan sering outstation, nutriferon memang sgt berkesan, mudah dibawa dan selamat untuk diambil.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Jom dapatkan HARGA PROMOSI Shaklee bersama saya :

■ Nurol Juriah Binti Sofian
■ Whatsapp/SMS : 018-2244345
■ Pengedar sah & Perunding Vitamin Shaklee ID No. 1080015

Sedekah vs Beri pinjam

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY (Isnin, 19 Rejab 1435H)
Sedekah Vs Beri Pinjam / Hutang !

Mana yang lebih baik dan lebih besar pahalanya ? Jika ada dua orang datang ke rumah anda dan berhajatkan kepada sedikit daripada harta anda. Siapakah yang anda akan dahulukan untuk mendapatnya ?
1) Pengemis yang memohon sedekah
2) Sahabat yang ingin berhutang

PENCERAHAN :
Orang yang meminta sedekah biasanya akan meminta daripada semua orang yang ditemuinya, samada kenal atau tidak. Kalau dapat, dapatlah. Jika tak dapat, dia pergi kepada orang lain. Tetapi bila seseorang mahu meminjam atau berhutang dengan seseorang biasanya dia akan fikir dulu masak-masak dengan siapa dia boleh berhutang.

Biasanya orang ini akan hanya pergi berjumpa dengan orang yang dia rasa boleh memberi hutang itu. Orang yang berhutang ini biasanya sangat berhajat untuk menggunakan duit itu bagi membeli sesuatu keperluan atau melunaskan sesuatu bayaran. Dalam kata lain, orang tidak akan berhutang kalau tak desperate (terdesak)

"Pada malam Isra’ Mikraj, aku melihat tulisan di atas pintu syurga: “Pahala sedekah ialah 10 kali ganda dan pahala memberi hutang ialah 18 kali ganda”. Aku bertanya Jibril, “Kenapa memberi hutang lebih banyak pahalanya daripada sedekah?” Jawabnya, “Kerana orang yang meminta sedekah dalam keadaan meminta sedangkan dia mempunyai harta. Sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjaman kecuali kerana sesuatu keperluan.” (HR : Ibn Majah & Baihaqi).

"Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah, bertambah... bertambah."
(HR : At-Tirmizi)

KREATIF BERSEDEKAH :
1. Beli minyak wangi, tasbih, sejadah atau al-quran dan letakkan di masjid, surau atau musolla di pasaraya atau di R & R. Pasti akan ada orang yang akan menggunakannya.
2. Belilah beberapa buah kerusi lipat yang berkualiti, dan letakkan d dalam masjid. Supaya dapat digunakan orang yg memerlukannya.
3. Beli makanan khas untuk burung-burung ada dijual di kedat pets. Letakkan pada bekas yang khas dan gantung di pokok bunga. Anda akan seronok melihat burung warna-warni berkicau riang tanda bersyukur.
4. Setiap kali gaji keluar sediakan peruntukan khas untuk d sumbangkan sedikit kpd anak yatim atau fakir miskin. Atau simpan untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid pada hari Jumaat nanti.
5. Maaf... sambil anda duduk mencangkung di tandas awam seperti di stesyen minyak, apa salahnya anda ambil hos getah pancutkan air bersihkan lantai tandas tersebut.
6. Lepas makan, basuh pinggan sendiri. Kalau ada pinggan mangkuk yang kotor dan tidak di basuh oleh room mate basuhkan sajalah tanpa banyak merungut.
7. Berhenti di simpang yang tiada lampu isyarat, berilah orang lain jalan dahulu. Jika kita memandu di sebelah lorong kanan dan ada kenderaan dari arah belakang memberi isyarat untuk memotong kita, beri sajalah sebab mungkin dia dalam keadaan kecemasan atau tergesa-gesa sakit perut nak terbuang air besar @ nak terkucil ke...
8. Sambil duduk-duduk di atas karpet masjid atau surau ketika mendengar kuliah atau tazkirah, carilah sampah-sampah kecil seperti benang stokin orang, batu-batu kecil dan seumpamanya masukkan dalam poket anda sementara. Kemudian buang dalam tong sampah bila kita keluar masjid atau surau tersebut.
9. Susun selipar atau kasut orang yang pergi ke masjid atau surau siap sedia menghala ke arah jalan. Supaya memudahkan orang untuk memakainya tanpa perlu memusingkan badannya seperti selalu.
10. Sebarkan CCUK ini seberapa banyak kedalam group dari pelbagai media sosial yang kita ada link padanya. Kerana usaha anda tersebut akan diteruskan pula oleh orang lain begitulah seterusnya sehingga setiap kali orang membacanya anda akan juga dapat saham akhiratnya.

KESIMPULAN :
Oleh itu, perbanyakkanlah sedekah dan berilah pinjaman kepada yang berhajat kerana di dalamnya pasti terdapat pelbagai hikmahnya.  Wallahu a'lam