Free Time Kills Them (Ustadh Nouman Ali Khan)
Kerana banyak masa lapanglah anak kita:
... leka dengan TV
... asyik dengan muzik
... terpaut dengan game komputer
... bazir masa melepak dengan kawan
... tidur, tidur, tidur
... sikit-sikit facebook, sikit-sikit facebook
... bermesej, bewhattsapp, bertwitter dan ...
... memanjang melayari internet
... otak memikirkan dan berkomunikasi dengan boyfriend/girlfriend
... berjam-jam menceroboh laman lucah
... merayau-rayau di kota atau di di desa
Anak yang bersekolah sebenarnya banyak kerja
-- kerja sekolah
-- ulangkaji
-- latihtubi
-- hafalan
-- buat nota
-- habiskan folio
-- seslesaikan projek akademik tertentu
Habis bagaimana dia ada masa lapang ?
Jawapannya mudah. Sebab anda ... ibubapa !
Ya ya ya ya ya ... sebab anda ibubapa tidak berperanan sebagai ibubapa
Anda tak kisah dengan pelajaran mereka.
Anda hanya kisah nak sekolahkan mereka
OK apa bukti ?
Anda check beg sekolah mereka ?
Anda pantau penggunaan masa mereka ?
Ada peraturan agar mereka kena dapat kebenaran nak keluar rumah
Ada peraturan mereka tidak boleh ke mana-mana tanpa izin anda
Ada peraturan sekian-sekian masa mereka kena study
Ada peraturan hanya masa tertentu saja boleh tonton TV
Kemudian dengan mudah saja anda belikan mereka Samsung, Ipad ...
OK OK mereka beli dengan duit sendiri !
Tetapi anda izinkan ... anda biarkan ?
Telepon macam itu untuk anak sekolah hanya 10% berfaedah
Tetapi 90% : buang masa, bazir masa, merapu, mengarut, mencarut dan kini ramai juga guna untuk layari laman porno / lucah. Yes ANAK ANDA !
Tapi anda izinkan.
Itu bukan sayang namanya.
Sayang makna kita buat sesuatu untuk kebaikan anak.
Anak anda layari laman lucah ... anda biarkan (sebab anda tak kisah, tak pantau)
ITU SAYANG NAMANYA ?
RUMUSAN (sebelum anda mengamuk dengan saya)
Adakah peraturan di rumah.
Tanam halatuju pada anak kita.
Ibadah wajib langsung tiada kompromi (mak ayah pula macam mana ?)
Sibukkan mereka dengan pembelajaran
Sibukkan mereka dengan ibadah
Sibukkan mereka dengan aktiviti positif dalam dan sekitar rumah
NESCAYA anak kita membesar dengan baik. In Sha Allah.
Dr.Shukri Abdullah / 5 Julai 2014
.jpg)
No comments:
Post a Comment