Search This Blog

Friday, 20 June 2014

Pendapatan pasif kutip sewa rm70k sebulan???

LELAKI TUA DENGAN KAIN PELIKAT

Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di Masjid. Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid. Rumah agam besar dan menarik. Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan rm35 juta.

Pendapatan pasif kutip sewa rm70k sebulan. Belanja rm20k. rm50k sedekah dan infaq. Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.

Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu. Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?

1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.

2. Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.

3. Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

4. Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,

"Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.

Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.

Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

Lelaki tua itu erkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.

5. Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.

Kata leaki tua ini lagi:

6. Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..

7. Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.

8. Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri. Tenung mata dan baca "ayat ayat pengasih". Hehehe.

9. Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum.Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.

10. Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna. Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.

11. Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.

(Kedai mula mula di mulut sahaja.)
Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong. sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.

12. Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri ang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.

13. Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar. Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu.Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.

(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, "baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20". Saya buat contengan kata dia dalam kepala)

14. Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap. Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.

15. Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya "Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , "Dengan senyap senyap tapi cantik". Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, "Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun". Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.

Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.

16. Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.

Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.

Bacalah surah ar Rahman ayat 46, "Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga"

17. Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.

Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.

18. Anak..Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.

Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, "Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu". Cuba anak check siapa perawinya.

(nota: Hadis riwayat at Tirmizi)

19. Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,

"Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itusahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula"

Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.

20. Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya'. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.

Coretan daripada Dato Roslan Ab Hamid
FB: https://www.facebook.com/roslan.abhamid?fref=ts

Tuesday, 17 June 2014

Download Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2014 1435H Malaysia disini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi laman sesawang rasminya telah mengeluarkan senarai jadual waktu imsak dan buka puasa di bulan Ramadhan tahun 2014 bagi negeri-negeri seluruh Malaysia sebagai panduan mahupun rujukan kepada seluruh umat Islam ketika menjalani ibadah puasa

Jadual tersebut boleh di muat-turun (download) dengan melayari atau klik judul pautan url mengikut negeri masing-masing sepertimana yang tertera pada lampiran dibawah

PERLIS :
https://docs.google.com/file/d/0B8sp2ae1NS_GNU1zVE4tZGNPVjQ/edit

KEDAH :
https://docs.google.com/file/d/0B8sp2ae1NS_GRzl6V0ZyNVJZSkU/edit

PULAU PINANG
https://docs.google.com/file/d/0B8sp2ae1NS_GVkotOUlaS0Q3NG8/edit

PERAK
https://docs.google.com/file/d/0B8sp2ae1NS_GcTJaS2FNUzQwaEE/edit

KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA
https://docs.google.com/file/d/0B8sp2ae1NS_GOUpPZ1NmdEg2dmM/edit

SELANGOR :
https://docs.google.com/file/d/0B8sp2ae1NS_GbkhJZ1RFQzVxelE/edit

NEGERI SEMBILAN
https://docs.google.com/file/d/0B8sp2ae1NS_GSnZINm45eE9rOFk/edit

MELAKA
https://docs.google.com/file/d/0B8sp2ae1NS_GNXZqSmxPQUtvUDg/edit

JOHOR
https://docs.google.com/file/d/0B8sp2ae1NS_GYmxTeWlSc1VmaEk/edit

PAHANG
https://docs.google.com/file/d/0B8sp2ae1NS_GQnFJRGZqb2lkY1E/edit

TERENGGANU
https://docs.google.com/file/d/0B8sp2ae1NS_GNm5uN0dDYjI2VGM/edit

KELANTAN
https://docs.google.com/file/d/0B8sp2ae1NS_GY2tOa3VDYVRjejA/edit

SABAH
https://docs.google.com/file/d/0B8sp2ae1NS_GbWhUNDBMdFROMDg/edit

SARAWAK
https://docs.google.com/file/d/0B8sp2ae1NS_GaExXaFRvWWozYXc/edit

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
https://docs.google.com/file/d/0B8sp2ae1NS_GOWZXRW5pUC1udTg/edit

Sunday, 15 June 2014

Kurus & Cantik di Bulan Ramadhan

Collagen Powder
☉morning-is the best time to absorb nutrients into your body
��night-is the time for repairing

Boleh mix dgn minuman kegemaran/shaklee protein/meal shake  

ESP
��2-3 kali sehari waktu perut kosong

Boleh mix dgn meal shake dan performance drink

[masa bulan ramadhan ini, amalkan esp waktu bersahur dan berbuka..pasti anda orang yang paling bahagia..cubalah..]

Vitalea
��utk kesihatan berpanjangan-
2x sehari, 1 biji tiap kali lepas makan
��utk pembesaran,kekurangan nutrisi dan tenaga-
2x sehari, 2 biji tiap kali lepas makan

B-complex
��utk kesihatan berpanjangan
1 biji sehari lepas makan
��utk rambut gugur, anemia, kesakitan
2-3 kali sehari, 1 biji lepas makan

Meal shake
��mix 2 sudu besar meal shake dgn ESP dan perfomance drink waktu perut kosong atau diminum begitu saja tnpa campuran
��boleh dicampur/di blend dgn buah buahan atau apa saja minuman kegemaran

Perfomance Drink
��Sarapan: campurkan 1 sb utk setiap performance, ESP dan Meal Shake
��Latihan fizikal: campurkan 2sb dlm 500ml air dan minum sejam sblm latihan dan setiap 30 minit sewaktu latihan. Minum sejam kemudian lepas latihan utk penyahidratan dan mengembalikan tenaga

Herb-Lax
��Utk kesihatan berpanjangan: 2x seminggu, 4 biji setiap kali sblm tidur
��Utk pembersihan usus/detoksifikasi,melawan kanser,mengawal berat badan: 2x sehari, 3 biji setiap kali (lepas makan dan sblm tidur)

DTX Complex
��3 biji sehari

Alfalfa Complex
��Untuk kesihatan berpanjangan: 2x sehari-10 biji setiap pengambilan
��Larutkan 10 biji Alfalfa di dalam air, campurkan 3 biji Peppermint Ginger Plus dan jus buahan atau jus pekat untuk rasa lebih enak. Ia baik utk sistem usus dan perut. Sesuai diminum pada bila bila masa.
��Untuk pencucian usus dan detoksifikasi, mencuci darah, melawan kanser: 3-4 kali sehari, 10 biji setiap pengambilan (di ambil dengan air kosong)

Peppermint-Ginger Plus
��secara klinikal sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman

��Membantu penghadaman: 3 biji selepas makan
��Mencuci usus dan perut: larutkan 3 biji Peppermint Ginger dan 10 biji Alfalfa di dalam air suam untuk diminum
��Merawat sakit atau masalah gastrik, nausea, batuk: 3-5 biji dilarutkan dalam air panas menjadi teh herba
��Kelegaan tekak, batuk, sendawa: hisap 2 biji

Nutriferon
��Untuk pemeliharaan kesihatan: 1 peket sehari (terus tuang ke dlm mulut atau campur dalam minuman panas atau sejuk pd bila bila masa)
��Sewaktu rawatan influenza dan kanser: 2-3 peket sehari. Lebih baik diambil bersama vitamin c

Carotomax
��Untuk pemeliharaan kesihatan: 1 kapsul 2x sehari (lepas makan)
��Untuk penyakit mata, semasa rawatan penyakit: 2 kapsul 2x sehari

GLA
��Untuk pemeliharaan kesihatan: 2x sehari, 1 kapsul setiap kali (lepas makan)
��Untuk menopaus, pelangsingan, hyperaktif: 2x sehari, 2 kapsul setiap kali (lepas makan)

Sustained Release Vita-C 500mg
��Untuk pemeliharaan kesihatan: 2x sehari, 2 tablet setiap kali (lepas makan)
��Untuk melawan kanser, influenza, penyembuhan penyakit: 3x sehari, 2 tablet setiap kali

Vita E Complex
��Untuk pemeliharaan kesihatan: 1 kapsul sehari (lepas makan)
��Untuk anti penuaan dan sistem reproduktif: 2x sehari, 1 kapsul setiap kali
��Untuk menentang kanser dan mengurangkan parut: 2x sehari, 2 kapsul setiap kali

Garlic
��Untuk pemeliharaan kesihatan: 2 tablet sehari (lepas makan)
��Untuk radang dan alergi: 2x sehari, 2 tablet setiap kali
��Untuk kanser, darah tinggi dan hyoerlipidemia: 2-3 kali sehari, 2 tablet setiap kali

Zinc Complex
��Untuk pemeliharaan dan waktu tumbesaran: 2x sehari, 1 tablet setiap kali lepas makan
��Untuk melawan kanser,mempertingkatkan sistem imun dan fungsi seksual: 2x sehari, 2 tablet setiap kali

Omega Guard
��Untuk penjagaan kesihatan: 2x sehari, 2 hingga 4 kapsul (sebelum atau selepas makan)
��Untuk sakit tulang, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi: 2x sehari, 2 kapsul setiap kali

Lecithin
��Untuk pemeliharaan kesihatan: 2x sehari, 3 kapsul setiap kali (sebelum atau selepas makan)
��Untuk pelangsingan, tekanan darah tinggi, pemecahan lemak: 2-3 kali sehari, 6 kapsul setiap kali (sebelum atau selepas makan)

Ostematrix
��Untuk pemeliharaan kesihatan: 2x sehari, 2 tablet setiap kali lepas makan
��Untuk masalah haid, kehamilan, stress, kekejangan dan kebas kebas: 2x sehari, 3 tablet setiap kali
��Untuk tulang retak, osteoporosis: 3x sehari, 4 tablet setiap kali

Sumber: Buku Panduan Nutrisi Shaklee (Edisi Baru)
------------------------------------
Untuk lebih rapat untuk mendapat info dan nasihat boleh hubungi :

° FB : Nurol Juriah Sofian.
° Pengedar sah Shaklee : 1080015.
° Whatsapp / sms : 018-2244345.
° Blog : http://njuriah84.blogspot.com

Saturday, 14 June 2014

How to Remove Dark Spots From the Face Naturally

Dark spots, pimple marks, acne ect. are very hard to deal with, especially when they are on your face! It can really ruin your appearance and effect your self-esteem. Although there are many beauty products that claim to remove all your skin marks, we all know that they don’t really work and even if they do, they cost quite a lot of money for us to afford. That’s why I done my research and found a great home remedy that is going to help you remove any kind of skin marks off your face. What you will need: ½ teaspoon of baking soda and ½ teaspoon of distilled water. Mix these two ingredients together in a small bowl and then wash your face and remove any makeup if necessary. Apply the mixture on your problematic areas and leave it there for about five minutes. Rinse with water and that’s it! You can apply this once a day for as long as you find it necessary. Try it out, is easy and wont cost you any money.

[Share from Armena]

Friday, 13 June 2014

APA ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH ... ..

Mungkin Ibu Lebih kerap Menelefon Utk Menanyakan Keadakan Kita Setiap Hari.....
Tapi Tahukah Kita, Sebenarnya Ayahlah Yang Mengingatkan Ibu Untuk Menelefon Kita? Ayah Selalu Tanya," Telefon Anak Kita Tu Tanya Dia Macam Mana Kerja..."

Semasa Kecil, ibu Lah Yang Lebih Mendukung Kita....Tapi Tahukah Kita Bahawa Sebaik Saja Ayah Pulang Bekerja Dengan Wajah Yang Letih Ayahlah Selalu Menanyakan Apa Yg... Kita Lakukan Seharian

Saat Kita Sakit Atau Demam, Ayah Sering Membentak"Kan Ayah Dah Kata Jangan Main Hujan?? Kan Ayah Dah Bagitau Jangan Minum Air Sejukk??".Tapi Tahukah Kamu Bahawa Ayah Sangat Risau..??

Kita Kita Remaja,Kita Meminta Izin Keluar Malam.Ayah Dengan Tegas Berkata"Tidak Boleh!"..Sedarkah Kita Bahawa Ayah Ingin Menjaga Kita? Kerana Bagi Ayah, Kita Adalah Sesuatu Yang Sangat Berharga.

Saat Kita Dipercayai, Ayah Pun Melonggarkan Peraturanya.Maka Kita Telah Melanggar Kepercayaannya...Maka Ayahlah Yang Sentiasa Menunggu Kita Di Ruang Tamu Dengan Rasa Sangat Risau...Ayah Marah Kita...Tahukah Kita Yang Ayah Tak Nak Apa2 Terjadi Dkt Kita Bila Keluar Lewat Malam?

Setelah Kita Dewasa, Ayah Telah Menghantar Kita Ke Sekolah Atau Kolej Untuk Belajar...
Disaat Kita Memerlukan Macam-Macam, Untuk Keperluan Kuliah Kita, Ayah Hanya Mengerutkan Dahi.Tanpa Menolak, Beliau Memenuhinya.. Saat Kamu Berjaya...Ayah Adalah Orang Pertama Yang Berdiri Dan Bertepuk Tangan Untukmu..Ayah Akan Tersenyum Dengan Bangga.. Walaupun Kadang2 Ayah Macam Buat Tak Tahu Tapi Tahukah Kamu Sebaik Kamu Pergi, Ayah Ceritakan Dekat Ibu Kekaguman Dia Terhadap Kita ?

Sampai Ketika Jodoh Kita Telah Datang Dan Meminta Izin Untuk m
Mengambil Kita Dari Ayah..Ayah Sangat Berhati-hati Mengizinkan Nya..Dan Akhirnya.. Saat Ayah Melihat Kita Duduk Di Atas Pelamin Bersama Pasangan Kita..Ayah Pun Tersenyum Bahagia..

Apa Kita Tahu, Bahawa Ayah Sempat Pergi Ke Belakang Dan Menangis?

Ayah Menangis Kerana Ayah Sangat Bahagia..Dan Dia Pun Berdoa "Ya Tuhan, Tugasku Telah Selesai Dgn Baik..
Bahagiakah Lah Puter
a Puteri Kecilku Yg Manis Bersama Pasangannya".

Setelah Itu Ayah Hanya Akan Menunggu Kedatangan Kita Bersama Cucu-cucunya Yg Sesekali Dtg Untuk Menjenguk..Dengan Rambut Yg Memutih Dan Badan Yang Tidak Kuat Untuk Menjaga Kita..

Itulah Pengorbanan Seorang Ayah.. Apakan Kita Masih Belum Sedar? Masih memandang Kemarahan Ayah Itu Alasan Untuk Kita Benci Dia? Percayalah.. Dia Orang Yang Paling Rindukan Kita Walaupun Kerinduan Ayah Terhadap Kita Mungkin Melebihi Kerinduan Ibu Dekat Kita.. Kita Cium Pipi Ibu, Ayah Hanya Tersenyum Melihat..Tahukah Kita Yang Kita Telah Berlaku Tidak Adil Terhadap Ayah? Apakah Ayah Tak Layak Mendapat Ciuman Sama Yang Kita Berikan Dekat Ibu? Kamu Lupa Masa Kamu Kecil, Ayah Mendukung Kamu Dan Mencium Kamu??

JANGAN MENANGIS SELEPAS MEMBACA KISAH INI

Selamat Hari Ayah
Ayah Wira Hatiku
Utk yg masih memiliki ayah jgn abaikan...

GEMPAR: KOLESTROL BOLEH BAWA MAUT?

Apakah Kolesterol Tinggi???

Kolesterol adalah bermaksud sejenis sterol yang muncul dalam aliran darah sebagai lemak. Apabila molekul hidrogen dan oksigen mula bergabung bersama-sama , mereka menjadi ysatu lemak yang dipanggil lipid. Jika tidak dirawat , lipid ini boleh menyebabkan beberapa penyakit yang serius dan mengancam nyawa manusiaTerdapat tiga jenis utama kepadatan lipoprotein dan ada termasuk kepadatan rendah (LDL ) yang sering menjadi punca utama penyakit koronari jantung, ketumpatan tinggi ( HDL) , dan ketumpatan perantaraan ( IDL ).

★Tanda-tanda dan Gejala kolesterol Tinggi
★Apabila kolesterol tidak dikawal, akhirnya dia akan menjadi plak di dinding arteri manusia . Jika tidak dirawat, mengancam nyawa masalah kesihatan yang boleh menjadi isu.

Berikut adakah tanda-tanda kolesterol tinggi jika tidak dirawat segera ;
• Masalah Pernafasan
• Sakit dada
• Pening
• Denyutan jantung yang tidak tetap
• Loya dan muntah-muntah
• Kebimbangan melampau
• Heartburn atau ketidakhadaman yang kerap
• Berpeluh dingin
• Terdapatnya lebihan daging di kelopak mata

★Rawatan yang boleh dilakukan atau

★Gaya hidup yang sihat bukan sahaja dapat membantu untuk merawat kolesterol tinggi, tetapi ia juga boleh membantu untuk mencegah pembentukan berbahaya plak dalam arteri.
• Senaman yang kerap
• Elakkan makanan yang tinggi lemak tepu
• Had pengambilan alkohol
• Berhenti merokok
• Diet yang sihat yang kaya dengan bijirin penuh, dan serat semula jadi
• 6-8 jam tidur satu malam
• Mengambil PHYTOCOL Shaklee

★Memperkenalkan PHYTOCOL-ST Shaklee
★Pilihan Sihat dengan 2,000mg Fitosterol Setiap Hari.PHYTOCOL-ST Shaklee adalah formulasi proprietari yang berasaskan bahan-bahan yang telah terbukti secara klinikal berkesan untuk penyekatan penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL

★Kelebihan dan Keistimewaan Shaklee
★FitosterolRumusan daripada beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin
Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol dalam lebih 80 kajianMembekalkan 100% nilai fitosterol harian sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.

Bagaimana Fitosterol bertindak
Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus. Ini bermaksud apabila anda mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh anda dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL anda.

Perlukan penjelasan lebih lanjut? Perlukan harga yang murah tetapi kualiti terbaik?

Hubungi Nurol :

√ FB : Nurol Juriah Sofian
√ Pengedar sah & perunding Shaklee : 1080015.
√ Whatsapp / sms : 018-2244345.
√ Blog : http://njuriah84.blogspot.com

Thursday, 12 June 2014

Meleraikan Pergaduhan Anak-Anak dengan Teknik Nabi Muhammad SAW

Kawan-kawan yang disayangi... Pagi ini saya nak kongsikan sedikit tips..

Meleraikan Pergaduhan Anak-Anak dengan Teknik Nabi Muhammad SAW

Bagi tip di bawah, saya menggunakan Hadith Rujukan:

Abdullah bin Abi Aufa melaporkan bahawa Abdul Rahman bin Auf pernah mengadu kepada Nabi Muhammad tentang Khalid al-Walid. 

Lalu Nabi Muhammad berkata kepada Khalid, "Wahai Khalid, janganlah saudara menyakiti lelaki yang menjadi anggota tentera Perang Badar. Andai kata saudara bersedekah dengan emas sebesar Gunung Uhud, tentu saudara masih tidak dapat menyaingi amalannya." 

Khalid al-Walid pun berkata, "Wahai Rasul Allah, mereka menuduh saya, sedangkan yang dimaksudkan adalah mereka." Nabi Muhammad berkata, "Janganlah menyakiti Khalid, sesungguhnya dia adalah pedang daripada pedang-pedang Allah 'azza wa jalla. Allah menghantarkan dia bagi memerangi orang-orang kafir." - Hadith ini direkodkan dalam koleksi hadith-hadith autentik Ibn Hibban - Hadith ini diterjemahkan oleh Tim Pengkaji Hadith Psikologi

Hadith di atas menceritakan tentang Abdul Rahman bin Auf mengadu kepada Nabi Muhammad tentang Khalid al-Walid. Lalu Nabi Muhammad berkata kepada Khalid, "Wahai Khalid, janganlah saudara menyakiti lelaki yang menjadi anggota tentera Perang Badar. Andai kata saudara bersedekah dengan emas sebesar Gunung Uhud, tentu saudara masih tidak dapat menyaingi amalannya."

Mendengar Nabi Muhammad berkata begitu, Khalid al-Walid pun berkata, "Wahai Rasul Allah, mereka menuduh saya, sedangkan yang dimaksudkan adalah mereka." 

Setelah Nabi Muhammad mendengar aduan Khalid al-Walid itu, Nabi Muhammad berkata, "Janganlah menyakiti Khalid, sesungguhnya dia adalah pedang daripada pedang-pedang Allah 'azza wa jalla. Allah menghantarkan dia bagi memerangi orang-orang kafir." 

Daripada komunikasi nabi dan dua orang sahabat dalam hadith ini, kita dapat belajar bagaimana Nabi Muhammad meleraikan konflik dua orang sahabat beliau.

1. Nabi tidak menyiasat, menegur, mengkritik dan memarahi kedua-dua pihak.

2. Nabi tidak menyebelahi salah satu pihak sahaja.

3. Nabi tidak meminta mana-mana pihak membela dirinya

4. Kepada Khalid, Nabi memuji prestasi Abdul Rahman bin Auf. Manakala, kepada Abdul Rahman bin Auf, Nabi memuji prestasi Khalid. Nabi menyebut prestasi terbesar masing-masing ke atas kemenangan Islam.

5. Ucapan Nabi itu menjadikan kedua-dua pihak saling hormat-menghormati dan merendah diri antara satu sama lain.

Teknik nabi meleraikan konflik dua orang besar ini boleh dipraktikkan dalam menangani konflik anak-anak kita.
------------------------------------

Berminat untuk set Shaklee anak pintar boleh hubungi Nurol 018-2244345.